Wednesday 5 September 2012

PEMANDUAN SEMASA KECEMASAN


  1. Semasa berada dalam keadaan kecemasan, pemandu dinasihatkan agar bertenang. Fikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Berikut ada beberapa masalah sewaktu memandu dan cara-cara penyelesaiannya

    1. Brek Gagal Berfungsi
    Seseorang pemandu menekan injak brek.Tetapi injak brek terus menyentuh lantai, pamkan injak brek dengan segera. Tindakan ini kemungkinan dapat memulihkan tekanan brek. Sekiranya tekanan gagal dipulihkan dan jalan raya selamat, berada dalam gear dan tarikkan brek tangan beransur-ansur. Kalau boleh, tukar kepada gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
    Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam, atau di mana kenderaan itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel - semak di tepi jalan, rel adang, termasuk kereta-kereta yang diletakkan di tepi jalan, kepingan logam yang kemek boleh diperbaiki.

    Guna hon dan lampu untuk member! amaran kepada lain-lain pemandu dan pejalan kaki. Mematikan suis pencucuhan membantu tetapi ia amat merbahaya untuk kenderaan bersistem berautomatik dan stereng kuasa Jangan kunci stereng.

    2. Kenderaan Terbabas
    Belokan yang mendadak, menukar lorong dengan tiba- tiba atau membrek dengan kasar boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu terbabas terutama di atas permukaan jalan yang basah.
    Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas lepaskan pemecut dengan segera dan tekan cekam Pusingkan stereng mengikut arah bahagian belakang yang terbabas itu. Pemandu kenderaan berkenaan akan lega apabila kenderaan itu berjaya dikawal semula. Kemudian luruskan arah stereng. Jangan gunakan brek dalam usaha ini.

    3. Pemecut Terlekat
    Jika keadaan jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat itu dengan hujung kasut anda Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, matikan suis pencucuh dan brek untuk memberhentikan kenderaan Mematikan suis pencucuh boleh menyebabkan sistem stereng kuasa dan brek kuasa gagal berfungsi. Kawalan stereng dan brek menjadi masalah. Pegang stereng dengan kuat. Berjaga-jaga supaya stereng tidak terkunci semasa suis pencucuh dimatikan.

    Jika kenderaan perlu diberhentikan dengan segera atau keadaan jalan raya tidak selamat, biarkan enjin berjalan dan tukar gear dalam keadaan neutral atau tekan cekam. Berhenti segera dan matikan enjin. Enjin yang dibiarkan berjalan boleh memudaratkan enjin itu sendiri, tetapi keadaan ini lebih baik daripada terlibat dengan kemalangan.

    4.TayarPecah
    Pegang stereng dengan erat. Jangan belok lebih untuk membetulkan arah stereng. Jika tayar belakang yang pecah, bahagian belakang kenderaan akan menjadi tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati. Perbuatan membrek dengan tiba-tiba mungkin menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar untuk dikawal.

    Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan ke kawasan yang rata dan selamat untuk menukar tayar. Jangan menukar tayar dalam kawasan merbahaya. Sentiasa nyalakan lampu isyarat kecemasan atau alat-alat amaran kecemasan yang lain.

    5. Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
    Jika kejadian ini berlaku ia menghadkan pandangan, amalkan tindakan memegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas. Beransur-ansur naik ke atas bahu jalan jauh dari aliran lalu lintas. Hentikan kenderaan segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku. Nyalakan lampu isyarat kecemasan supaya pengguna jalan raya yang lain tahu apa yang sedang berlaku. Digalakkan supaya menggunakan peralatan kecemasan yang lain seperti alat pemantul cahaya untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

    6. Kenderaan Terbakar
    Biasanya kebakaran pada kenderaan berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik. Jangan membuang masa. Hentikan kenderaan dengan segera. Matikan sistem pencucuh dan keluarkan penumpang yang berada dalam kenderaan itu. Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh. Wayar-wayar mudah digantikan berbandingkan dengan nilai sebuah kenderaan.

    Gunakan alat pemadam api atau tahan kenderaan lain untuk mendapat bantuan.

    Jika tiada alat pemadam api, cuba padamkan api itu dengan kain atau gebar yang tebal. Jangan dipegang wayar-wayar yang terbakar dengan tangan tanpa alas. Kebakaran berkaitan elektrik adalah serius. Sekiranya api tidak dapat dikawal, hendaklah tinggalkan kenderaan sebelum tangki minyaknya meletup.

    7. Bonet Terbuka
    Brek beransur-ansur. Naik ke atas bahu jalan. Lihat melalui tingkap untuk panduan memandu. Sentiasa pastikan bahawa bonet ditutup rapat selepas kenderaan diservis.

    8.Terpaksa Berhenti Di Atas Lebuhraya
    Beri isyarat dan susur keluar ke tepi lebuhraya perlahan-lahan. Nyalakan lampu hadapan yang rendah di waktu senja, malam atau waktu hujan. Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan.

    Jika kenderaan terhenti dalam arus lalu lintas di selekoh, di puncak bukit atau Iain-lain lokasi yang boleh mendatangkan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas. Jangan halang lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau melakukan kerja-kerja lain di belakang kenderaan. Pastikan alat-alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan. Angkatkan bonet dan dapatkan bantuan.

    9. Menghadapi Sesuatu Kemalangan
    Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelak kemalangan dari arah hadapan - di mana kemalangan yang paling dahsyat.
    Brek sekuatnya. Had laju yang rendah mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan keluar dari jalan raya.Bunyikan hon, nyalakan lampu hadapan.

    Jika kenderaan di hadapan masih menuju ke arah yang sama, masuk ke dalam parit atau kawasan lapang di sebelah kiri. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan, kerana pemandu kenderaan itu mungkin tersedar dan melanggar kenderaan anda.

    10. Kenderaan Terjunam Ke Dalam Air
    Terjunam di dalam air adalah tragedi yang tidak dapat dijangka. Kejadian ini boleh menyebabkan panik. Ada beberapa tip yang telah dibuktikan melalui beberapa ujian.
    Sesebuah kenderaan dengan tingkap dan pintu tertutup akan melampung selama 3 hingga 10 minit. Cara yang baik untuk keluar ialah melalui tingkap.
    Setengah pakar berpendapat supaya membuka tingkap segera dan keluarkan kanak-kanak dahulu. Mereka akan timbul di permukaan air. Ada juga yang berpendapat supaya membentuk satu rangkaian manusia dan keluar melalui tingkap kenderaan.

    Adalah mustahak hanya seorang sahaja mengawal keadaan. Tingkap-tingkap dapat diturunkan dengan mudah, melainkan tingkap kuasa. Jadi turunkan tingkap-tingkap itu dengan segera. Pecahkan kaca tingkap dengan benda yang keras atau ditendang dengan kaki.
    Adalah sukar untuk membuka pintu di bawah tekanan air. Baki udara biasanya terkumpul di dalam kenderaan. Jika kenderaan itu menjunam ke hadapan, udara akan terkumpul di bahagian belakang berhampiran bumbung. Tunggu sehingga tekanan menjadi seimbang. Kemudian buka pintu dan keluar segera.

    11. Kaca Skrin Pecah
    Perlahankan kenderaan. Jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat. Kalau boleh rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.
    Buatkan satu lubang pada kaca skrin. Pemandu kenderaan hendaklah melindungi mata dengan memakai kaca mata. Gantikan kaca skrin yang pecah dengan segera

    12. Enjin Kenderaan Tidak Boleh Dihidupkan
    Jika Bukan Akibat Kehabisan Minyak
    Jika kenderaan berautomatik, letakkan dalam neutral. Tolakkan tuil gear dari satu posisi ke satu posisi. Cara ini mungkin boleh membebaskan suis keselamatan.
    Padamkan radio, lampu-lampu dan Iain-lain punca elektrik untuk mengurangkan saliran kuasa letrik dari bateri.
    Rehatkan bateri seketika.
    Tekankan pemecut separuh untuk menyambarkan cok automatik.
    Nyalakan pencucuh sehingga enjin dapat dihidupkan atau selama 5 hingga 10 saat. Jika enjin masih tidak boleh hidup, mungkin enjin telah dibasahi oleh petrol.
    Tunggu 2 hingga 3 minit.Tekan pemecut hingga mencecah lantai dan biarkan dalam posisi itu. Hidupkan enjin. Jangan pamkan pemecut, ia akan menyebabkan enjin terlalu basah dengan petrol. Apabila enjin hidup biarkan sehingga 30 saat sebelum berjalan.
    Jika enjin masih tidak boleh dihidupkan, dapatkan bantuan mekanik.

    13. Kerosakan Pada Kenderaan
    Kerosakan mungkin disebabkan oleh:-
    i) Kehabisan minyak
    ii) Pemanasan lebih
    iii) Punca elektrik
    iv) Karburetor basah
    v) Pencucuh basah
    vi) Kotoran pada sistem pembakaran
    vii) Tali kipas putus

    a) Kehabisan Minyak
    Periksa tolok minyak. Jika bacaannya "E" atau "Empty" isikan minyak.
    b) Pemanasan Lebih
    Penunjuk suhu akan menyala. Berhenti segera dan matikan enjin. Angkat bonet supaya enjin dapat menyejuk Jangan sentuh penutup radiator. Setelah radiator berhenti mengewap, tunggu setengah jam lagi. Kemudian bukakan penutup dan tambah air. Periksa sistem penyejuk untuk mengesan talian putus atau saluran yang bocor.
    Sistem penyejuk hendaklah diperiksa segera, termasuk jangka suhu dan penutup penyinar.
    c) Kerosakan Sistem Elektrik
    Biasa berpunca daripada fius terbakar, pendawaian putus atau terminal bateri kotor. Jika kesemua sistem gagal dihidupkan, puncanya ialah pada bateri. Tanggalkan kabel bateri dan bersihkan terminal bateri.
    d) Bau Petrol Bermakna Enjin Dibanjiri Dengan Petrol
    Tanggalkan penapis udara dan bukakan penyelak. Hidupkan enjin. Enjin akan menjadi kering dan dapat dihidupkan.
    Palam pencucuh dan kabel-kabel serta litar pencucuh yang basah hendaklah dikeringkan dengan kain pengelap. Sistem pencucuh yang basah menyebabkan enjin sukar dihidupkan.
    Sekiranya sistem pembakaran tersumbat dengan kotoran, tanggalkan penapis udara. Kotoran boleh dibuang dengan meletakkan telapak tangan atas karburetor sambil seorang pembantu menghidupkan pencucuh.
    Jika tali kipas putus, ikatkan stokin nylon atau tali yang sesuai sebagai gantian.

    14. Menukar Tayar
    Apabila tayar bocor dalam perjalanan, kawal stereng dan pandu keluar dari jalan raya. Jangan tekan brek.
    Tarik brek tangan. Letakkan batu atau pengadang di bawah tayar pepenjuru dengan tayar yang bocor. Keluarkan bicu/ jak.sepana dan tayar ganti.
    Tanggalkan tudung tayar dengan pemutar skru. Longgarkan nat sebelum kenderaan dibicukan.
    Letakkan bicu di atas permukaan tanah yang keras dan pamkan bicu sehingga tayar kenderaan dinaikkan ke paras 10 sm.

    Tanggalkan nat dan letakkan ke dalam tudung tayar supaya nat tidak kehilangan. Tanggalkan tayar yang bocor itu dan pasangkan tayar ganti serta skru semula nat tetapi tidak ketat.
    Turunkan kenderaan. Ketatkan semua nat dengan sepana dan pasang semula tudung tayar.
    Amaran Jangan masuk di bawah kenderaan yang sedang dibicukan. 

    15.Peralatan Kecemasan
    1. Alat-alat pemantul cahaya
    2. Kotak ubat dan buku panduan
    3. Lampu suluh
    4. Alat pemadam api jenis kering
    5. Bicu dan sepana
    6. Kabel pelompan 
      Tali untuk tunda
      Alat pemutar skru
      Sepana palam pencucuh 
    7. Pelbagai jenis sepana 
    8. Playar 
    9. Penyembur untuk menanggalkan kotoran 
    10. Tali kipas kecemasan 
    11. Satu bekas mengandungi air bersih

PANDUAN MEMBELI KENDERAAN TERPAKAI



Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap. Perkara asas ialah harga kereta mestilah berpatutan dan sesuai. Rujuk mana-mana website atau jualan juga bank untuk rujukan harga kenderaan berdasarkan model dan tahun dibuat. (www.mudah.com.my) merupakan salah satu rujukan.

    1. PEMERIKSAAN LUARAN
      1. Sila periksa pemegang pintu
      2. Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan senang
      3. Pastikan 'bumper' belakang tidak calar dan karat
      4. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
      5. Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
      6. Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik

    2. PEMERIKSAAN ENJIN
      1. Pastikan keadaan enjin mestilah bersih
      2. Pastikan enjin tidak diubahsuai
      3. Pastikan keadaan enjin dan pastikan tiada bocoran. Bagi menunjukkan ada kebocoran pada enjin, anda boleh meletakkan sekeping kotak putih di bawah enjin selepas menguji pandu kenderaan tersebut.
      4. Tiada kebocoran pada radiator dan sistem penyejuk
      5. Pastikan semua 'belt' berada dalam keadaan baik

    3. PEMERIKSAAN DALAMAN
      1. Pastikan pintu dan bonet boleh dibuka dan ditutup dengan mudah
      2. Pastikan semua cermin berada dalam keadaan baik
      3. Pastikan karpet kereta berada dalam keadaan baik
      4. Pastikan lantai tidak berkarat
      5. Pastikan 'dashboard' tidak retak
      6. Pusingkan setering ke kiri dan ke kanan
      7. Tiada masalah dengan pedal brek dan clutch
      8. Pastikan penghawa dingin berfungsi dengan baik
      9. Pastikan tali pinggang boleh dipakai
      10. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik

    4. CUBA MEMANDU DALAM MASA 30 MINIT
      1. Cuba hidupkan 'switch' tetapi jangan hidupkan enjin
        1. Pastikan meter suhu bergerak
        2. Pastikan lampu minyak enjin menyala
        3. Pastikan lampu bateri menyala
      2. Cuba hidupkan enjin
        1. Pastikan semua meter berfungsi dengan baik
        2. Pastikan tiada masalah dengan sistem gearbox
        3. Cuba matikan enjin dan hidupkan semula
        4. Pastikan tiada kebocoran minyak enjin berlaku di bawah
        5. Semasa memandu kenderaan tersebut, pastikan tiada bunyi dan gegaran
        6. Tiada masalah semasa penukaran gear
        7. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi?
        8. Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension
        9. Cuba biarkan enjin kenderaan itu hidup dalam beberapa minit dan pastikan suhu kepanasannya berada dalam keadaan stabil

    5. PEMERIKSAAN TERAKHIR
      1. Perkara paling penting ialah periksa nombor casis dan nombor enjin. Pastikan nombor tersebut sama dengan dokumen pendaftaran kereta

    Tip ini dipetik dari AAM Drive magazine, Nov/Dec 2003.